Wednesday, July 17, 2013

Poligami? APAKAH?

Eh.. jangan terkejut tengok tajuk tu.. 
Bukan nak jadi isteri kedua.. ketiga.. keempat..
cuma nak menambah ilmu didada jer.. =)

Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana

 firman Allah s.w.t :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ
“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3)

 TAPI




hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.

SUNAT
Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain; contohnya, beliau tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan beliau mengkehendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Hukum poligami pada ketika ini adalah sunat. Ini kerana, ia mempunyai kebaikan serta maslahat syarak. Ramai kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w berkahwin lebih dari satu.

MAKRUH
Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan hawa nafsu semata-mata dan dia meragui ( syak ) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudharatan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka. Sabda Rasulullah s.a.w :
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
“ Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu ”.
(Imam an-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syarf an-Nawawi.Hadith riwayat Imam at-Tirmizi daripada Hassan bin Ali r.a dalam bab berkenaan keadaan kiamat dan bab ikatlah ia dan bertawakal.Katanya hadith ini hasan shohih. No. 2520. Dar as-Salam. Cetakan pertama. Tahun 2002.)

HARAM
Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w :
لا ضرر و لا ضرار
“ Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”
(Ibnu Majah, Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid al-Qazawini. Diriwayatkan Dalam Kitab Hukum-Hakam, Bab Sesiapa Yang Menggunakan Haknya Tetapi Memudaratkan Jirannya.)  Firman Allah s.w.t :
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“ Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’: 3.)


Antara Sebab dibolehkan berpoligami 


  • Mandul
  • Isteri Menderita Sakit Yang Berpanjangan
  • Isteri sukar dididik
  • Suami Yang Sentiasa Musafir
  • Tabiat Biologi Lelaki Berbeza Dengan Wanita
  • Jumlah Wanita Lebih Ramai Daripada Lelaki

Tapi jangan pergunakan POLIGAMI untuk kepentingan diri sendiri..
Jika ingin / berniat berpoligami, berlaku adil kepada isteri-isteri =)

Nak tau lebih lanjut di SINI & SINI

SUMBER Di SINI..


[ Wanita mana yang sanggup membenarkan SUAMI berpoligami Tapi hadiah terbesar yang wanita akan dapat ialah payung emas disyurga tapi eyka tak kuat nak shared suami -.-]

0 cerita dikongsi:

Post a Comment